Photobucket

Monday, March 30, 2009

Stress.....!!


Akhir-akhir ni saya agak stress..terutamanya bila malam menjelma. Tambah pulak bila duk kat meja study. Huh..banyak betul kerja yang tak siap. Maklum la, akhir-akhir semester macam ni la semuanya minta dihantar. Minggu lepas minggu yang agak memenatkan. Petang jumaat lepas, bila dah submit assigment usulfiqh rasa pening semacam je kat depan box Dr Saim. Pandangan jadi kabur. Rasa nak pengsan kat situ. Rasa je la.. Nasib baik tak. Kalau tak memang dah jumpa putera idaman di petang jumaat yang berkat lagi mulia tu..


Petang tadi jumpa mentor, Dr Siti Mashitah untuk ambil tandatangan sebab nak ambil jadual peperiksaan. Dia tanya..

"okey ke?"

Pertanyaan tu terlalu umum. Dari sudut mana okeynya? entahlah..tak tau nak jawab apa sebab saya sendiri pun tak tau saya okey ke tak. Agak lama untuk menjawab lalu Dr Mashitah pandang saya dan saya terpaksa juga jawab..

"biasa lah..(ada makna tu..).

Dr Mashitah memandang penuh makna. Dah boleh agak rasanya ada yang tak kena dengan mentee dia sorang ni..

Dr Mashitah cuba test kewarasan saya..

"sem ni ambik berapa subjek?"

"enam..(tak tau la betul ke tak, main jawab je..memang sah dah ni..)

"subjek apa?"

"undang-undang pentadbiran (ingat la sebab baru je habis kelas Dr Farid tadi), Sistem Kehakiman Islam (sebab teringat kat Dr Ruzman-my best lecturer), Apk (sebab baru je kena jaga gerai 3 hari lepas) .."

subjek-subjek lain saya 'lost'.. kata tadi enam subjek..

"APK tu apa"

"pembudayaan keusahawanan.." ringkas je jawabnya.

"semua okey?"

alahai..dah nama pun mentor. Nak tau semuanya..

"biasalah.."

sebab sebenarnya ada sesuatu yang bermain di fikiran masa tu. Duk fikir nak cakap ke tak ni.. Dr Mashitah macam dah agak sesuatu. Lalu cepat-cepat saya tanya:

"Dr sibuk ke?"

"biasalah..."

aduh..stress jugak ke?

"hari rabu nanti ada mock court trial, hari jumaat ada dinner jabatan.." memaklumkan sesuatu yang sudah saya maklum.

"iya.. InsyaAllah. Assalamualaikum"

cepat-cepat saya keluar dari bilik Dr Mashitah..

Tiba-tiba Kak Lin, kerani jabatan tegur..

"kenapa tak bagi kat Dr salinan surat tu?" (sepatutnya satu salinan untuk saya dan satu salinan untuk Dr Mas..)

ALLAH !!

sah la..dua-dua stress.

Malam ni, ramai orang tanya saya kenapa saya stress bila tengok saya tulis kat ym -stress...!!. Semuanya saya bagi jawapan yang berbeza. Mungkin jawapan yang saya berikan tu mengarut tp ada benarnya. (Ha..sape-sape yang dapat jawapan dari saya fikir-fikirkan lah maksudnya ye..) Bila stress atau kena tekanan perasaan ni semuanya tak kena. Mengantuk tapi tak boleh tidur, lapar tapi tak nak makan. (kalau mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang tu dah lain penyakitnya..) Alih-alih, mengadap laptop je la jawapannya. Malam ni saya cuba untuk tinggalkan rutin malam yang biasa saya lakukan. Biasanya pukul 9 lebih dah syahid fisabilillah. Saya lebih suka ulangkaji tengah malam. Masa semua orang dah tidur masa tu la saya menjelma jadi burung hantu. Dari dulu lagi..masa belajar kat Maahad memang itulah rutinnya. Lekat sampai sekarang. Bila ulangkaji tengah malam rasa masa tu lebih panjang. Rasa lebih dekat dengan Allah. Udara pun segar. Saya suka buka tingkap luas-luas tengah-tengah malam. Maka jadilah ia satu 'habit' hinggakan ma dan abah akan kejutkan tengah-tengah malam andai kata saya tak terjaga malam tu. Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan. Aku keseorangan di sini..

Malam ni, saya tinggalkan semua tu..saya cuba tenangkan diri. Minum air sejuk (cool water) sambil dengar lagu My Heart Will Go On- Celine Dion.

"every night in my dream
i see you..
i feel you..
that is now
i know you
go on... "

sejuk air menyerap seluruh tubuh..dingin rasanya..

Tapi..

sebenarnya,

hakikatnya..

"Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."

em..itu saja penyelesaiannya. Yang lain-lain sekadar alternatif je. Tiada yang lebih menenangkan saat mengadu padaNya!!

Saya mula mencongak langkah seterusnya. Bila terlibat dengan banyak program-program luar, saya banyak belajar untuk merancang..(termasuklah merancang masa depan, wah..) Seorang ex-nydp PMK pernah tanya saya: " tak buat list ke?" bila saya mengadu yang saya tak pasti apa lagi yang tak 'settle' masa buat program OPKIM dulu. Jadi itu mungkin penyelesaiannya sekarang..Perancangan. Ramai motivator sebut.. orang yang gagal merancang maka dia telah merancang untuk gagal. So,rancang dan senaraikan apa yang tak 'settle' lagi. pertama..

kedua?
bertindak la..tunggu apa lagi. Masa tak menunggu kita. Masa kan lebih berharga daripada dinar emas. Kalau dinar mas tu penting hinggakan PMK buat seminar Dinar Emas baru-baru ni. Maka, saya nak katakan bahawa ada sesuatu yang berharga daripada dinar emas iaitu Masa. Maka mungkin boleh buat seminar tentang masa pulak. Biar saya pulak yang jadi pengarahnya. Amboi..

Mungkin ini nukilan seorang yang penat dengan kehidupan. Rutin yang sama setiap hari sementara menunggu habis semester ni. Perkara yang sama perlu dihadap. Tapi mungkin suatu ketika saya mungkin akan merindui detik-detik ini. Dulu, masa kat Maahad saya selalu mengeluh sebab banyak kena menghafal hinggakan saya rasa nak cepat-cepat habiskan zaman sekolah. Tapi sekarang ni saya merindui saat-saat itu. Nikmat pula rasanya. Tambah pula bila segala hafalan kita tu membuahkan kejayaan yang cemerlang.

"Berpenat lelah lah kerana Allah,
sesunggguhnya kesenangan itu selepas kepenatan..
jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan,
sebab demikian lah hidup ini di ciptakan.."
-Imam As-Syafie-

11.50 malam, mengantuk pulak.
dah normal balik rasanya..

okey,
Jumpa lagi di posting akan datang
Terima kasih kerana membaca
semoga mendapat manfaat bersama.

*tanpa sedar..
lagu raya duk berkumandang dari tadi..

Tuesday, March 24, 2009

Uruskan masa dan ringkaskan tugas



"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.

Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.

Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.

Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga emas. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.

Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.

Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, "Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya', nescaya ia akan 'memenggal' lehermu."

Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.Jika bukan kerana itu, maka masa itu tidak berharga. Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga.

Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam 'industri' riba.Maka Hasan al-Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan 'kewajipan kita' yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan waktu.

Masa makin singkat dan suntuk!
Tetapi jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan waktu yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 48 bentuk dan 72 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.

Itu maksud Hasan al-Banna; jumlah usaha dakwah perlu digembeling dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Hasan al-Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w ini. Bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntuk masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.

Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah makin banyak menimbun ini terpikul atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.

Bantu manusia menguruskan waktunya
Barangkali.. lantaran terkesan dengan semua inilah, maka Hassan al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan insan berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat hidupnya.

Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna.Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak.

Maka.. di sini Al-Banna menyarankan pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.

"Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian pesan al-Banna lagi.

Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang harus dilakukan guna mencapai redha ilahi. Soalan semacam ini kerap hinggap di ranting pertanyaan sahabat dan baginda selalu hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.

Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda tergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.

Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika dilihatnya penyoal itu seorang yang panas baran, maka dia menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah.

Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagai yang disaran di dalam al-Quran. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.

[1] Hai orang yang berselimut! [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil."

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.

Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik.

Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu?

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (Al-Isra': 79)

Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur'an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual.

Ringkaskan amalan untuk membantu saudara lain
Sebab itulah Al-Banna menyarankan anggota Ikhwan Muslimin atau para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.Bagi Al-Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja. Sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dalam dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.

Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak.

Sebab itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.

Mereka yang berkhalwat, beruzlah, dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Tuhan, tidak termasuk dalam jenis manusia pencerahan.Al-Banna, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain-lainnya adalah ulamak sufi dan bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia mustakbirin sekali gus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia mustadh'afin.

Thursday, March 19, 2009

We need each other..


"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah. Lantaran adanya lelaki, dunia menjadi SEMPURNA. Lantaran adanya lelaki dan wanita kadang-kadang SEMPURNA lah suatu KELEMAHAN disebalik suatu KEKUATAN"

-Dr Hm Tuah Iskandar Al-Haj-

Sunday, March 15, 2009

Kursus Praktikal dan Amali Sembelihan 8th College



Pagi tadi perkarangan Balai Islam 8th riuh dengan kokokan ayam yang bakal menjadi korban sembelihan sempena Kursus Praktikal dan Amali Sembelihan anjuran Balai Islam Kolej Kediaman Kelapan. Seawal jam 9 pagi program bermula dengan sesi taklimat oleh Ustaz Mohd Sufi, Bilal Masjid UIA PJ. Turut hadir sama kali ini ialah YDP dan Setiausaha Agung PMIUM yang baru dilantik semalam, Saudara Shazni Munir dan Hafiz Ilyas. Mesra rakyat sungguh pimpinan PMI baru kita ni..baru di lantik dah turun padang.





Antara yang diajar oleh Ustaz ialah cara-cara menyembelih yang betul, mengenalpasti urat yang perlu dipotong. Selain tu, pastikan pisau tidak diangkat waktu proses menyembelih. Kalau dah diangkat dah tak boleh teruskan penyembelihan. Maknanya, dah selesai la penyembelihan haiwan tersebut.. Lebih kurang macam tu la. Selesai sesi taklimat, maka sesi mempraktikkan apa yang di ajar. Selain ayam seekor kambing biri-biri yang agak besar turut terkorban pagi ni.


Hafizullah dan biri-birinya...


Bakal penyembelih ayam profesional..

Pagi ni juga berlaku penyembelihan paling kejam dalam sejarah dunia penyembelihan apabila ayam yang disembelih oleh Farhan putus kepalanya. Semua orang tergelak sakan. Sungguh sadis aku melihat keadaan ayam tu..tinggal leher je, kepalanya entah ke mana. ish..ish..kejamnya Farhan. Lepas ni boleh la hantar pegi palestin sebab dah ada kemahiran memancung kepala nampaknya. Ada peluang syahid fisabilillah..




Selesai aktiviti menyembelih, maka ayam-ayam dan biri tadi di bersihkan untuk dijadikan juadah untuk makan malam seluruh warga kolej. Macam-macam gelagat ada..Ada yang mencabut bulu ayam, melapah daging kambing dan tak kurang juga yang terkial-kial nak potong ayam hinggakan ada muslimin yang mengajar muslimat macamana nak potong ayam. Hah, baru sekarang terasa dan sedar kenapa mak saya selalu suruh masuk dapur dan belajar macam mana nak buat kerja-kerja ni. Kalau dulu saya tak dengar dan buat pekak badak je bila di suruh ke dapur mungkin sekarang ni pun masih lagi tak pandai macamana caranya nak potong ayam. Buat bakal-bakal ibu sekalian, kalau dah kawin dan berkeluarga nanti, jangan beli ayam yang dah siap dipotong untuk di masak tapi beli ayam yang belum lagi di proses dan suruhlah anak-anak anda memotong dan membersihkan ayam tu ye. Malu la jugak kan bila muslimin pulak yang kena ajar muslimat macamana nak potong ayam. alahai..

bakal pekerja-pekerja bahagian pemprosesan ayam yang bertauliah

Emm..itulah serba sedikit aktiviti Balai Islam Kolej kediaman Kelapan minggu ni. Balai Islam yang paling aktif dan paling cantik kat Universiti Malaya setakat ni. Hidup Balai Islam 8th!!.

Berjaya Bukan Warisan, Gagal Bukan Tradisi: Mengertilah, Allah lebih Mengetahui


Kadang-kadang, ribut kuat yang membuatkan kita terjaga itu lebih baik daripada angin tenang yang membuai lantas melenakan..


Minggu ni ada cerita sedih dan ada cerita gembira. Itulah yang mewarna-warnikan kehidupan. Kalau selalu gembira pun tak best jugak. Sesekali manusia perlu diberi 'kejutan' dari kegembiraan dan keselesaan yang dikecapi. Maka mungkin berderai lah air mata dek kejutan itu. Hujung minggu lalu sempena cuti MaulidurRasul, saya mengambil kesempatan pulang ke Kelantan. Pulang untuk melupakan segala kegundahan dan keserabutan yang mencengkam fikiran. Pulang menenangkan minda. Melupakan seketika apa yang berlaku di sini sambil mencari ruang-ruang muhasabah seorang diri..



Perjalanan ke stesen Putra kali ni agak berbeza sedikit dan agak menarik. Kali ini Adleen mencadangkan agar ke stesen Putra menaiki train. Biasanya kami mengambil teksi dari kolej dan terus ke Stesen Putra. Memandangkan tiada pengalaman langsung untuk ke sana, jadi kami perlu cepat untuk sampai ke sana sebelum jam 9 malam. Maka bemula lah perjalanan.. mula-mula naik bas Rapid KL ke stesen U, dari stesen U naik LRT ke KL Sentral dan dari KL Sentral ambil train di platform 3 untuk ke Stesen Putra. Huh, memang memenatkan. Tambah pulak jauh juga kena jalan kaki. Berpeluh-peluh kami di buatnya. Kesian kat Raihanah yang baru pertama kali nak ke Kelantan. first time dah kena ragging. Jangan serik ye Rai.. Kiranya macam mengembara jugak la. Macam-macam yang kami lihat sepanjang perjalanan dan bermacam gelagat manusia yang kami jumpa. Untuk pertama kalinya aku jumpa orang cina jadi pengemis tepi jalan . Sebelum ni orang melayu je yang terkenal dengan 'kegiatan mengemis' ni. Sebab tu la Allah sangat galakkan ummat Islam mengembara. Banyak hikmahnya. Mengembara pun salah satu perkara yang menambahkan keimanan kita pada Allah s.w.t. Membina kekuatan diri dan menambahkan pengalaman hidup dan banyak hikmah-hikmah lain. Maka sampai la kami kat Stesen Putra jam 8.15. Alhamdulillah, BERJAYA sampai juga akhirnya.

Sampai di Kelantan, rasa tenang sangat. Mungkin kerana aura Ulama'nya menyelinap ke seluruh ruang. Niat untuk ke Kuliah Jumaat Tuk Guru kat dataran Ilmu KB pun terpaksa dibatalkan sebab rasa tak mampu nak drive kerana pening kepala yang membuatkan saya tak mampu menbuka mata pun. Juga undangan Hari Terbuka UM Nilampuri pun tak dapat dipenuhi. Maaf la kat adik-adik yang menunggu.. InsyaAllah, kita jumpa lain kali.

Balik rumah adalah perkara yang paling disukai. Betul la kata orang, Rumahku Syurgaku. Macam-macam ada..Kali ini rumah ku riuh rendah dengan Ain yang tak berhenti-henti membaca doa-doa yang dipelajarinya di tadika. Dia baru 3 bulan masuk sekolah tapi dah pandai baca macam-macam doa walaupun sebutannya agak melucukan membuatkan aku tak tergelak sakan. Takde keje lain.. asyik ulang doa-doa yang dia belajar. Lengkap dengan zikir-zikir lagi. Tapi itulah sebenarnya yang sepatutnya. Bukannya kecil-kecil lagi hantar masuk pertandingan menyanyi. Itu dah di kira menganiyai kanak-kanak, kesian.. Kecil-kecil lagi dah rosak kehidupan mereka. Kanak-kanak yang masih belum mengerti tentang hukum hakam agama di asuh dengan cara hidup sebegitu. Bahkan ibubapa bangga pula kalau anak-anak jadi johan pertandingan nyanyian. Emm..apa nak jadi.

Usrati Habibi..

4 hari kemudian kembali semula ke UM. Aku yang masih mengantuk kerana perjalanan balik semalam menerima panggilan telefon dari Hanan, senior kat Falahiah dulu. Rupanya hari tu keputusan STPM keluar. Teringat pulak zaman aku dulu. RTM datang ke Falahiah lagi sebab tahun aku Falahiah termasuk dalam 'golongan' sekolah terbaik. Memang tahun tu result-result memang gempak. Masuk Tv la jugak aku. Tumpang sekaki..Antara best student nya siapa lagi kalau bukan Adleen. Hari ambil keputusan tu antara hari yang tak akan aku lupakan. Kejap je rasanya masa berlalu. Sekarang musim result lagi. Alhamdulillah, Hanan dapat keputusan yang agak cemerlang. Insya Allah, impian untuk ke UM akan tercapai tak lama lagi.

Kenangan di Hari Anugerah Graduasi 2008

Tapi yang agak menyedihkan bila aku tahu tentang keputusan seorang lagi senior kesayanganku iaitu Deeba. Rasa tak percaya!! memang tak sepatutnya itu yang dia dapat keputusan macam tu. Tapi siapalah kita untuk mempersoalkan takdir itu. Agak teruk tapi tak lah teruk sangat. Tapi ada subjek tertentu yang boleh menggagalkan permohonan UPU dia. Aku cuba telefon Deeba tengahari tu tapi panggilan tak berjawab. Mungkin sedang bersedih. Aku tahu dan aku memahami situasi yang dilalui waktu tu sebab aku pun pernah mengalami pengalaman yang sama. Lalu tengahari itu, di surau API, aku panjatkan doa pada Ar-Rahman tanda kesyukuran atas keputusan cemerlang yang dikurniakanNya untuk semua adik-adikku di Falahiah. Juga aku mohon padaNya agar ditabahkan hati Deeba dalam menerima kenyataan itu, dicekalkan hatinya untuk bangkit kembali dan mohon agar dikuatkan semangatnya lalu ku aminkan doa padaNya dalam sejuk aircond surau tengahari itu..

Malam itu, aku cuba lagi menelefon Deeba. Akhirnya panggilan berjawab. Sayu suaranya..masih menangis lagi mungkin. Rasanya ingin aku memeluknya dan menangis bersama namun apakan aku jauh disini. Hampir 45 minit berbual dan memberi kata-kata semangat. Sesekali Deeba menangis terisak-isak. Aku sebak mendengar isak tangisnya yang sayu itu. Mungkin kerana pernah mengalami kegagalan seperti itu maka aku tidak mahu ianya berlaku lagi pada adik-adik kesayanganku walaupun Deeba bukanlah adik kandungku namun aku mengaanggap senior-senior Falahiah seperti adik-adikku sendiri. Tiada bezanya.. Juga aku tidak tahu dimana aku mendapat kekuatan menyusun kata memujuk Deeba. Lancar saja mulutku mengeluarkan kata-kata..tanpa perlu berfikir lagi. Mungkin kerana pengalaman. Pengalaman yang cukup berharga dan tidak semua orang yang memilikinya. Hanya orang-orang yang dipilih Allah sahaja merasa pengalaman menempuh kegagalan yang besar seperti itu. Akhirnya dipenghujung perbualan Deeba ketawa juga sedikit. Lega..harapnya dia bangkit semula mencari kekuatan selepas ini.

Falahiah..sentiasa di memori!!



kenangan bersama sahabat-sahabat waktu lawatan ke Langkawi..

Selang 2 hari selepas itu, keluar pula keputusan SPM.Kali ini giliran adik aku, Jannah pula yang mengambil keputusan. Alhamdulillah, dia menjadi pelajar terbaik sekolahnya untuk SPM tahun ini. Mula-mula tu bimbang jugak sebab dia tak telefon pun untuk bagitau keputusan walaupun hari dah makin petang. Akhirnya habis kuliah hari tu, aku yang menelefon dia. Rupanya-rupanya dia tak puas hati dengan keputusan dia sebab masa percubaan SPM keputusan dia lebih cemerlang berbanding keputusan SPM yang sebenar. Emm..macam-macam. Yang kurang bernasib baik ada masalah, yang jadi best student pun ada kerenahnyaw tersendiri jugak, tapi apapun InsyaAllah, tahun ni anak Abah yang ke 6 akan ke menara gading. Yang ni mungkin akan terjun ke bidang ekonomi pula rasanya sebab dia dah confius nak ambil course apa lagi sebab kakak-kakak dan abang dia ni dah masuk macam-macam bidang. Jadi pakar ekonomi takde lagi dalam keluarga kami. Mungkin dia la kot..InsyaAllah.

Adik-adikku..

Itulah ragam kehidupan. Ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan. Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan kerana kita bukanlah pemilik kepada kehidupan ini. Kadang-kadang kita mempersoalkan pula kenapa Allah menguji kita dengan musibah. Kenapa kita? bukan orang lain. Masa tu mula nak fikir negatif, rasa macam orang sekeliling pun tengok semacam je, Mula mempersoalkan kenapa..kenapa..dan kenapa. Kalau diberi jawapan pun mesti tak puas hati punya sebab seboleh mungkin kita mahu segalanya senang dan mudah untuk hidup kita. Tambah pula kalau orang-orang yang kurang pegangan agama diuji Allah dengan sesuatu musibah. Lagi dahsyat dia punya 'ulasan'. Cuba tengok mangsa-mangsa Tsunami, ramai yang meratap dan mengeluh dengan apa yang menimpa mereka. Kenapa anak mereka mati, kenapa rumah mereka musnah dibawa arus ombak, kenapa..dan kenapa tanpa kita memikirkan nikmat di sebalik musibah. Dulu, masa Aspuri Falahiah di ceroboh dan banyak barang-barang hilang, seorang kawan yang selalu je jadi mangsa cakap kenapa Allah buat dia macam tu..kenapa Allah tak habis-habis ambil semua kepunyaan dia. Aku yang tengah mengantuk pun beristigfar panjang aku waktu tu. Ada ke patut cakap gitu pulak. Hati-hati.. bimbang akan terjerumus pada syirik pulak. Bersyukurlah dengan musibah..em, syukur dengan musibah? Fikir-fikirkan lah..

Sesungguhnya, musibah itu mematangkan diri, memberi ruang dan peluang untuk muhasabah andai kata ada ruang-ruang dosa yang kita lakukan tanpa sedar dan paling penting menguatkan keimanan kita pada Allah s.w.t dan membawa kita kembali padaNya. Kita bukanlah pemilik mutlak kepada kehidupan ini. Bukan kita yang akan menentukan apa yang terjadi pada hayat hidup kita. Berjaya atau gagal, kaya atau miskin, sakit atau sihat itu semua ketentuanNya, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Allah tidak akan membebankan hambanya dengan dugaan yang tak mampu kita tanggung. Dalam surah Hud ayat107, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaanNya. Dia memberi kebaikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Jadi, apa lagi yang harus kita katakan saat di timpa musibah kecuali redha dan bersyukur saat dikurniakan nikmatNya..

Buat Deeba, bersyukurlah diberi Allah merasai pengalaman yang pahit ini. Tidak semua yang manis itu akan kita kecapi tanpa melalui kepahitan terlebih dahulu. Bangkitlah dari kegagalan ini dan terimah hakikat ini dengan sepenuh hati. Tidak perlu lagi bersedih. Ini bukanlah penamat untuk segala-galanya. Rancanglah sesuatu untuk kemudian hari. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang tidak berputus asa. Ingatlah, kejayaan bukan warisan dan gagal itu bukan tradisi. Allah tidak menciptakan kehidupan ini untuk kedukaan..

Kisah Perempuan Miskin, Lembu Tua dan Gaza...


Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan, harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)



Saturday, March 14, 2009

Imbasan kembali OPKIM PMKUM 09



Pejam celik, pejam celik sedar-sedar semester ni hanya tinggal beberapa minggu saja lagi akan berakhir. Waktu terlalu cepat berlalu. Mengimbas kembali awal semester yang lalu, rasanya detik itu baru saja berlalu. Mana taknya, kerinduan pada salah satu program PMKUM iaitu Operasi Khidmat Masyarakat atau singkatannya OPKIM masih lagi belum hilang dan akan tetap segar di ingatan sampai bila-bila. Program yang penuh dengan dugaan yang menguji ketahanan mental dan fizikal juga menguji tahap kesabaran dan keimanan. sungguh!!.. Jom, kita imbas kembali detik-detik OPKIM 09..

Persiapan awal program bermula sebulan sebelum puasa tahun lepas. Masa tu saya di lamar Kak Syakirah untuk jadi Timbalan Pengarah. Ini program ke dua sejak masuk ke UM. Tak tau kenapa saya dengan mudahnya saya terima lamaran tu walaupun saya tahu persiapan ke arahnya tidaklah semudah saya menganggukkan kepala menerima pelawaan K.Shakirah tu. Maka cabaran pun bermula...


Proses melengkapkan organisasi program dari pengarah hingga ke unit-unit agak payah. Nak cari orang lelaki untuk join program ni amat la susah. Mungkin faktor saya sendiri yang kurang mengenali orang lelaki menyebabkan saya hilang punca untuk mencari kaum adam untuk menyertai program ni. Tambah pula, saya bukanlah orang-orang yang terpilih untuk ke UM Nilampuri dulu. Jadi boleh dikatakan saya tiada langsung kawan-kawan lelaki. Itulah kesannya bila hanya hidup dan bergaul dengan orang perempuan saja. Apa boleh buat…dah bertahun belajar kat Maahad Muhammadi Perempuan, jadi agak janggal bila kena berurusan dengan orang lelaki. Nampaknya saya kena berubah la lepas ni. Susah jugak bila tiba time macam ni. Masa tu rasa nak ambil urusetia di kalangan orang perempuan je tapi mustahil la kan. Macam program Hal Ehwal Wanita la pulak. Tapi perasan atau tidak memang urusetia perempuan lebih ramai dari urusetia lelaki. Nak buat macam mana, sunnatullah... Kalau ada pun jumpa orang lelaki kelantan semuanya tak sanggup terima apa-apa jawatan dan banyak soal-menyoal yang pada pandangan saya akan membuatkan banyak masalah akan timbul jika ada urusetia begini dalam sesebuah organisasi. Seingat saya, jawatan bendahari saja sampai tukar 4 orang. Semuanya payah nak kekal. Ada yang tak sanggup nak pegang duit banyak-banyak, ada yang bertindih jawatan dengan program lain dan macam-macam lagi alasan lain. Akhirnya, dengan pertolongan Allah, maka lengkaplah organisasi OPKIM selepas hampir sebulan berhempas pulas mencari..


Mesyuarat demi mesyuarat, perjumpaan demi perjumpaan, masalah timbul diperingkat s/u bila beberapa fail yang menyimpan dokumen dan surat-surat penting tiba-tiba rosak dan hilang, segala kerenah manusia yang pelbagai terpaksa ditelan dan dihadam sendirian. Memujuk hati-hati dan perasaan yang merajuk dengan segala tohmahan dan sindiran. Hanya Allah yang lebih tahu..Waktu tu, program dijadualkan pada bulan Disember jadi segalanya perlu pantas. Segalanya perlu dihadapi dengan kesabaran yang tinggi. Cukup teruji rasanya di peringkat awal. Tambah pula, semuanya bermula di bulan Ramadhan yang penuh barakah membuatkan saya mengingatkan diri bahawa ini tarbiah daripada Allah untuk ganjaran pahala yang lebih lumayan. Tambah pula, waktu tu saya juga terlibat dengan projek kolej sempena menyambut bulan Ramadhan iaitu Real d8th sebagai Exco Teknikal. Agak penat juga kerana setiap hari terpaksa memastikan segala persiapan teknikal untuk aktiviti dan pengisian tersedia dengan baiknya untuk digunakan. Hampir setiap malam pula ada meting dan post mortem untuk program Real d8th. Waktu tu pun cuma tinggal sebulan saja lagi untuk final exam. Semuanya perlu dikejar.

Tapi tiba-tiba pula tarikh program ditunda ke bulan Januari kerana masalah tertentu ditambah pula dengan musim pilihan raya kampus UM dan pilihan raya Kuala Terengganu pada waktu itu benar-benar mencabar kesabaran saya dan sahabat-sahabat urusetia lain ke tahap paling maksimum. Mana taknya, banyak perancangan program tergendala dek PRK. Di saat-saat program yang hanya akan berlangsung kurang dari sebulan, ada pulak urusetia OPKIM terlibat dengan PRK. Ada yang bertanding, ada yang jadi wakil calon, ada yang jadi jentera pilihanraya. Tak terkata dibuatnya waktu tu.Tapi apa nak buat, itu kehendak mereka. Senyum je la..senyum pada segala cubaan dan iringan doa saja lah yang mampu dihulurkan buat mereka semua agar berjaya mencapai kemenangan yang diidamkan di samping saya sendiri mohon agar dianugerahkan kekuatan untuk bekerja tanpa mereka semua. Mujurlah, ada insan-insan yang amat memahami situasi tersebut bersedia mendengar segala permasalahan dan banyak memberi dorongan serta semangat untuk teruskan program ni. Dipendekkan cerita, maka menanglah PRO Mahasiswa UM dan menanglah juga PAS di Kuala Terengganu maka tinggal lah 3 hari saja lagi menjelang hari program..


Debaran makin kencang, detikan jantung makin tak stabil, urat saraf makin tak berfungsi dan hilang 7 deria rasa...


Maka tibalah malam bertolak ke tempat program iaitu di Kampung Kubang Kual, Rantau Panjang pada 23 Januari 2009. Seawal jam 7 malam, semua peserta berkumpul di surau KPS untuk sesi taklimat. Lebih kurang pukul 10.30 malam, maka melunjur laju 2 buah bas UM memasuki Tol Gombak untuk menuju ke Pantai Timur. Hampir 8 jam perjalanan maka akhirnya sampai juga ke destinasi program. Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran 15 orang peserta dari UM Nilampuri. Ringkas cerita, lepas selesai sarapan pagi, kerja-kerja ke arah persiapan untuk majlis perasmian yang dijadualkan jam 3 petang dimulakan. Selesai semua itu, satu sesi taklimat diadakan untuk memperkenalkan semua urusetia program dan sedikit taklimat tentang aktiviti yang akan berlangsung pada hari itu diberikan oleh Abe We selaku urusetia Pengisian.

ni la Pengarah OPKIM PMK 09..

Sesi kuliah maghrib bersama Abe We

Jam 3 petang, majlis perasmian program bermula dan disempurnakan oleh ADUN kawasan tersebut. Majlis agak meriah dengan gelagat ibubapa yang menerima anak angkat masing-masing. Ada yang memeluk anak angkat masing-masing bagi yang lelaki dan tak kurang juga yang malu-malu.. Apapun, majlis selesai dengan jayanya. Secara peribadinya, saya sendiri tidak bersedia untuk menjadi salah seorang anak angkat sebab masa tu fikir nak fokus sepenuhnya pada program. Tapi mahu atau tidak, dengan berat hati saya melangkah ke rumah baru dengan meninggalkan urusetia lain yang terpaksa bermalam di masjid dengan satu perasaan yang sukar ditafsir… alhamdulillah, rupanya rumah mak angkat saya merupakan rumah yang paling dekat dengan center program. Jadi jadi masalah untuk berulang alik. Keluarga angkat saya pun cukup baik orangnya..

pakcik ni ambil 4 orang anak angkat, mesti pening..

Hari kedua,


barisan penghulu tua dan penghulu muda..

Hari ke 2 bermula dengan aktiviti ziarah kampung seawal jam 9 pagi. Peserta dibahagikan dalam kumpulan kecil dan bergerak mengikut kawasan yang ditetapkan. Sambil ziarah mereka dikehendaki membuat sedikit bancian tentang penduduk kampung. Aktiviti berakhir waktu tengahari dan sebelah petang pula diadakan kelas Fardu Ain untuk masyarakat kampung. Sambutannya, em..ramai sangat yang datang. Walaupun sebenarnya tak ada perancangan yang rapi pun untuk aktiviti ni, namun aktiviti yang dilakukan tetap menjadi dan masjid riuh rendah dengan suara nasyid, bacaan doa dan zikir. Alhamdulillah...

Sesi bengkel solat

Tak dilupakan juga suara merdu Abe We mengajar sebuah lagu untuk adik-adik yang datang program petang tu. Bunyinya lebih kurang macam ni..


"akulah permata anak kesayangan,
kebanggan ayah dan ibu,
aku dibesarkan (3x)
dengan kasih sayang

hanya yang terbaik untukku"


Lebih kurang macam tu la, siap dengan gaya lagi. Kreatif sungguh Abe We. Saya pun tak pandai sangat tapi boleh la sikit-sikit lepas beberapa kali praktis... Sebelah malam, ada ceramah perdana bertajuk Mencari Jalan Bahagia. Ramai orang kampung yang datang walaupun penceramah sampai agak lewat tapi orang kampung tetap sabar menunggu. Memang rasa bahagia sungguh malam tu. Caiyok, caiyok!!

Hari ketiga,

Hari ni agak banyak aktiviti. Sebelah pagi sambung balik kelas fardu ain. Sekali lagi masjid yang menjadi centre program diserang oleh budak-budak kat kampung tu untuk belajar sembahyang. Lepas tu ada tayangan kartun Upin Ipin dan Utusan Terakhir. Ada pameran dari Agensi Dadah Kebangsaan dan pihak bomba buat demonstrasi kebakaran.


Hari ni juga orang kampung buat 5 kawah bubur As-syura. Kesian kat urusetia..kena kacau sampai malam. Memang penat sungguh hari tu..


urusetia yang berdedikasi..

Petang pulak ada sukaneka untuk masyarakat kampung. Meriah sungguh petang tu. Macam - macam permainan ada. Masuk paku dalam botol, cari duit dalam tepung dan tiup belon dan macam-macam lagi dibawah pantauan Faizal.



Petang tu jugak berlaku fenomena gerhana matahari. SubhanaAllah, cantik sangat..


Sebelah malam pulak ada ceramah motivasi oleh Cikgu Nik Mat Nik Lib. Sekali lagi masjid diserang oleh ibubapa. Penuh sampai ke tangga.. Pengisian pulak memang kena..ramai yang mengalirkan air mata terutama bila masuk kat bab ibubapa dengan anak. Emm.. ok la tu..menyentuh kalbu !!


Abe We dan anak-anak muridnya...

Hari Keempat,
Maka tibalah hari terakhir program. Rasa macam tak percaya. Betul ke dah nak habis?? tapi itulah kenyataannya. Sesuatu yang bermula itu pasti akan berakhir. Maka pagi itu diadakan majlis perasmian penutup OPKIM 09 yang disempurnakan oleh Yb Siti Zailah, Ahli Parlimen Rantau Panjang. Ketika majlis perasmian itu juga saya dan YB Zailah sempat berbual dan beliau bersungguh-sungguh meminta agar program seperti ini diadakan sekali lagi di Parlimen beliau ketika cuti semester akan datang hinggakan beliau bertanyakan berapa peruntukan kewangan yang diperlukan untuk program tersebut dan berkali-kali meminta no telefon saya untuk follow up dari semasa ke semasa. Namun, saya tidak mampu untuk memberikan apa-apa janji akan terlibat 100% seperti program kali ini dan mungkin ini program terakhir pada waktu cuti semester memandangkan saya perlu menjalani praktikal untuk pengajian saya pada cuti-cuti semester akan datang. Selesai majlis perasmian, ada sesi bergambar beramai-ramai. Lepas tu mula la bab yang paling saya tak suka..bab menangis sebelum berpisah. Aduh, sad ending la pulak. Ramai mak angkat yang menangis nak berpisah dengan anak angkat masing-masing termasuk lah mak angkat saya. Saya agak kaget. Macam takde perasaan pulak sebab saya tak rasa sedih pun. Huhu.. Tapi memori berada di rumah mak angkat saya tu tak akan saya lupakan. Teringat pulak kenangan masak mee bandung untuk jamuan kat rumah tu pukul 12 malam masa malam terakhir kat sana. Walaupun hari tu cukup memenatkan tapi saya gagahkan juga diri untuk meninggalkan satu kenangan di rumah tu. Makan pun hampir pukul 1 pagi. Itu sajalah yang mampu saya lakukan sebab saya sendiri tak habiskan banyak masa kat rumah tu jadi malam terakhir tu saya cuba lakukan sesuatu yang boleh menjadi ingatan mereka untuk sekeluarga.. InsyaAllah, ada masa saya akan kembali lagi ke sana…


Tamat sudah OPKIM 09..

sesi penyerahan cenderahati

Sedikit perkongsian ingin saya kongsikan bersama di sini hasil daripada pemerhatian dan perbualan saya dengan beberapa orang kampung yang membuatkan saya terkesan sehingga kini. Hipotesis awal yang dapat saya berikan hasil pemerhatian saya ialah pendidikan agama memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Kurang elok sekiranya saya menyatakan disini apa yang tak kena dengan kampung tersebut tapi tak keterlaluan sekiranya saya menjadikan masyarakat disana sebagai contoh sebuah masyarakat yang kurang didedahkan dengan pendidikan agama.

Sepanjang berada disana, banyak perkara-perkara yang berlaku dihadapan mata saya dan ada juga beberapa peristiwa yang saya alami sendiri yang pada saya semua itu berlaku dek kerana kurang penerapan tentang nilai-nilai seorang Muslim dan kurang pendidikan agama Islam. Kata seorang penduduk di situ, hanya terdapat sebuah saja sekolah agama di kawasan tersebut. Itu pun terletak jauh di luar jalan besar sedangkan sekolah menengah hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari masjid tempat kami berprogram. Maka mungkin kerana itu ramai remaja dihantar ke sekolah menengah yang kita tahu pendidikan tentang agama Islam yang diajar tidak memadai untuk penerapan nilai-nilai sebagai sebagai seorang Muslim. Hanya ibubapa yang benar-benar inginkan anak-anak mereka masuk ke sekolah agama sahaja yang sanggup menempuh perjalanan yang jauh untuk mecapai matlamat tersebut. Dalam ramai-ramai kanak-kanak yang berkunjung ke masjid dan sempat saya berbual dengan mereka hanya seorang sahaja yang bersekolah agama manakala yang lain di hantar ke sekolah menengah biasa. Maka terhasillah golongan remaja yang cetek ilmu agama dan timbulah beberapa gejala tidak sihat di kampung tersebut. Hasil pemerhatian saya, kaum perempuan pula kurang yang menutup aurat bahkan ada yang ke masjid tak bertudung pun. Yang lelaki pula lebih gemar menghabiskan masa mengusik orang-orang yang lalu lalang hinggakan saya pun jadi mangsa. Sepanjang pengalaman saya, orang lelaki walau seteruk mana pun tetap memilih juga perempuan untuk diusik tapi nampaknya saya silap dalam menilai kali ini.

Walaupun di kampung tersebut terdapat 2 buah masjid namun saya tidak nampak di mana peranan institusi masjid dalam pembangunan masyarakat. Sepatutnya masjid menjadi salah satu wadah pendidikan agama masyarakat dan menjadi pengawal kepada kegiatan masyarakat sekeliling namun fungsi itu nampaknya kurang dimainkan. Apa guna ada masjid yang tersergam indah sedangkan di sekeliling masjid tersebut banyak gejala-gejala kurang sihat berlaku. Masjid hanya dipenuhi warga tua ketika solat jemaah dan terbukti tiada kelibat apatah lagi penyertaan daripada golongan muda dalam institusi masjid disana. Semuanya pada saya berkait rapat dengan pendidikan.


Kita amat rugi kerana warga muda Islam terus hanyut tanpa sedar betapa pentingnya mereka kepada agama Islam dan masyarakat. Rugi yang teramat!! Lebih-lebih lagi ianya berlaku di Negeri Kelantan. Negeri yang mendapat jolokan negeri serambi Mekah. Sepatutnya bersesuaian dengan jolokan tersebut, Kelantan menjadi kilang yang menghasilkan pemuda pemudi Islam yang mampu mengubah lanskap dan wajah masyarakat Malaysia. Menjadi tanggungjawab utama kerajaan dalam menyediakan prasarana pendidikan agama sebanyaknya agar masyarakat terus subur dengan nilai-nilai keIslaman. Jadi mahasiswa seperti kitalah yang seharusnya turun mendekati golongan ini dalam menyampaikan faham Islam yang sebenar. Tanggungjawab mahasiswa bukan hanya di universiti tapi lebih pada itu menjadi agen pengubah masyarakat. Semuanya memberi kesan dan pengajaran pada diri saya dan merasakan kita perlu melakukan sesuatu untuk mengubah suasana remaja pada hari ini. Ini hanya analisis berdasarkan pemerhatian secara rambang sepanjang 4 hari di sana. Mungkin tempoh itu tak lama tapi apa yang saya lalui cukup menjadi bukti untuk apa yang saya katakan.

Kerana itu juga, membuatkan saya rasa bersyukur dan bertuah kerana ditakdirkan Allah mempunyai ibubapa yang memahami tentang betapa pentingnya pendidikan agama sejak dari kecil. Jika tidak, saya tidak mampu bayangkan bagaimana keadaan saya pada hari ini. Mungkin seperti segelintir remaja perempuan di luar sana. Nauzubillah… terlalu ngeri untuk dibayangkan. Maka kerana itu saya merasakan nikmat hidayah yang Allah berikan ini perlu dikongsi dengan remaja-remaja perempuan diluar sana agar mereka menyedari betapa kehidupan yang mereka lalui hari ini sebenarnya sudah jauh menyimpang dari landasan nilai-nilai Islam yang sebenarnya. InsyaAllah..


Maka berakhirlah sudah sebuah program yang bernama OPKIM...InsyaAllah, ianya akan terakam di memori ini untuk selamanya sebab ianya banyak memberi pengalaman yang mahal harganya dan yang paling penting ia menjadi pengukur dan penilai kekuatan dan kelemahan diri ini. Secara peribadinya, ada suatu potensi baru saya temui pada diri saya yang selama ini saya tak sedari. Sekalung penghargaan untuk semua urusetia yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Opkim pada sesi ini. Terima kasih juga pada penduduk kampung yang memberi kerjasama memeriahkan lagi program dan tak dilupakan kepada penghulu-penghulu kampung yang menyediakan kelengkapan dan sudi menerima kehadiran warga PMKUM di tempat mereka. Syukran Jazilan Kathira semua. Moga ukhuwwah yanng terbina akan mekar untuk selamanya.

Untuk akhirnya, saya suka menatap gambar ni. Entah kenapa..mesti senyum seorang diri. Mungkin pada gambar ni ada wajah ceria MT PMK, urusetia OPKIM dan peserta. 3 dalam 1. Disitu terpancar kegembiran pada wajah-wajah mereka dan kegembiraan mereka juga sebenarnya menggambarkan kegembiraan saya. Harapnya mereka berpuas hati dengan apa yang dijalankan sepanjang program.. Sebelum terlupa, masa sesi post mortem lepas ada cadangan supaya semua urusetia Opkim di binding (ikat) menjadi satu kumpulan. Insya Allah, lepas ni akan ada aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bertujuan untuk menghimpunkan kembali semua urusetia OPKIM 09. InsyaAllah..

YDP PMKUM, saudara Khalil bergambar kenangan bersama
peserta dari UM Nilampuri

Akhir kata, mohon maaf andai kata ada hati yang terguris, ada perasaan yang telah tersinggung, ada arahan yang tak sepatutnya, ada emosi yang tak stabil terpamer… mohon maaf semuanya. Sesungguhnya, saya hanya insan biasa yang masih mencari KEKUATAN dalam KELEMAHAN ini. Jumpa lagi dalam program-program lain. Sesungguhnya, maka rugilah orang-orang yang tidak menyertai OPKIM PMKUM 09!!