Photobucket

Saturday, April 25, 2009

Bring Islam Back !!


Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan semalam untuk subjek Undang-Undang Pentadbiran Islam, saya sempat online Berita Harian. klik punya klik..keluarlah tajuk berita kat bahagian berita utama.."Agama Anak Ikut Agama Asal Ibubapa.." terdorong untuk baca, saya klik lagi..

Pertukaran agama bukan alasan lepas diri daripada perkahwinan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu, yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet kelmarin, adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan dengan tidak adil.

(baca lebih lanjut disini....)

Menarik... lantas langkah diatur ke bangunan peperiksaan.

Usai peperiksaan, relaks kejap sambil dengar radio. Datuk Harussani Zakaria, Mufti Perak bagi komen dalam berita radio, kerajaan sepatutnya merujuk pada Majlis Mufti Kebangsaan sebelum mengeluarkan apa-apa keputusan berhubung status agama seseorang individu. Pandangan Majlis Mufti sepatutnya di ambilkira sebelum sebarang keputusan berhubung perkara ini diputuskan.

memang dah agak dah..


Apapun, pada saya isu ini jelas sekali melanggar hukum syarak dan perundangan. Cuba kita rujuk balik Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 12(4) yang memperuntukkan bahawa;


"bagi maksud Fasal (d), ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya"

Agak pelik..Datuk Nazri dan seluruh pak-pak menteri sekalian tak baca perlembagaan ke sebelum putuskan perkara ni?. Lagi pula, kerajaan nampaknya mencampuri bidangkuasa mahkamah selaku pentafsir kepada undang-undang negara.

reaksi pelbagai pihak...

Berdasarkan peruntukan itu, persetujuan salah satu pihak saja adalah memadai dalam penentuan agama seseorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) itu adalah `parent or guardian' bukan `parents or guardian' yang mana ia bermaksud `ibu atau bapa atau penjaga. Ini bermaksud persetujuan sebelah pihak ibubapa atau penjaga kanak-kanak sudah cukup untuk menentukan agama bagi seseorang kanak-kanak itu. Selain itu, mengikut Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 memperuntukkan;

" seseorang kanak-kanak yang belum mencapai usia 18 tahun boleh memeluk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkan. "

Antara kes yang boleh dirujuk berkenaan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lawan Saravanan Thangathoray yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bapa kanak-kanak itu mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Kerana itu, dalam kes ini suami adalah berhak mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju dengan pengislaman anaknya itu kerana kes Subashini vs Saravanan ini sepatutnya menjadi 'binding' atau doktrin duluan yang mengikut yang diiktiraf sebagai salah satu sumber rujukan undang-undang negara.

Mengikut hukum syarak pula, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mesti seorang Islam kerana jika yang menjaga itu bukan Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya. Kaedah ini amat penting untuk memastikan generasi akan datang menjadikan agama Islam sebagai pegangan dan cara hidup mereka kelak.

Selain itu, bagi saya kerajaan tidak perlu terburu-buru dan bersabar dalam membuat keputusan mengenai perkara ini kerana kes Mohd Ridzuan atau K Patmanathan yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak itu masih lagi lagi dalam perbicaraan dan tiada sebarang keputusan di keluarkan. Semua pihak juga seharusnya mematuhi peruntukan undang-undang Islam dan Perlembagaan Persekutuan khususnya kerana ia adalah undang-undang utama Persekutuan.

Kalau tak nak pakai Perlembagaan , nak pakai undang-undang apa lagi? pakai undang-undang rimba la kot..

Jika diperhatikan, semakin banyak isu-isu timbul mengenai agama Islam dan umat Islam. Dulu riuh mengenai tuntutan agar pindaan Perkara 121 (1A) dikaji semula kerana dikatakan memberi ketidakadilan kepada orang bukan Islam. Jika ditinjau dari sudut sejarah, undang-undang islam merupakan undang-undang yang digunapakai sebelum penjajah British ke tanah Melayu dan ini diperkuatkan lagi dengan hujah hakim dalam penghakimannya terhadap kes Ramah vs Laton (1927) 6 FMSLR (CA) yang mengatakan bahawa;

" Muslim law is not foreign law, it is the law of the land; and the local law is a matter of which the Court must take judicial notice. The court must propound the law and it is not competent for the court to allow evidence to be led as to what is the local law ".


Ini bermaksud, undang-undang Islam adalah lex loci (law of the Land) atau undang-undang sebenar di Tanah Melayu dan ianya merupakan hak orang Islam untuk diadili mengikut undang-undang Islam. Pindaan Perkara 121(1A) sebenarnya mengembalikan hak orang Islam kerana ia memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi dan mahkamah dibawahnya tidak mempunyai hak untuk mengadili perkara-perkara hukum syarak yang melibatkan orang Islam.



Kes Allahyarham Moorthy sebenarnya dimanipulasika
n oleh gerakan-gerakan tertentu terutamanya IFC yang cuba menggugat keharmonian umat islam negara ini. Mereka memanipulasikan kes ini untuk kepentingan mereka dan berlindung di sebalik slogan hak bukan islam, hak minoriti dan sebagainya. Kes Moorthy hanya dijadikan 'sebab' untk mereka yang telah lama memperjuangkan IFC dan sekutu mereka. They are playing the cards now. Mereka sengaja memainkan isu untk melemahkan undang-undang Islam tanpa berfikir dan bertindak dengan baik bagi mengatasi masalah ini dengan rasional dan bukannya emosional.

Sebenarnya, umat Islam yang sebenarnya banyak dinafikan hak mereka. Kita ada beberapa undang-undang yang menafikan orang Islam dari dihukum dengan peruntukan undang-undang Islam. Seperti Civil Law Act 1956, Courts of Judicature Act 1964, S.51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976, Specific Relief Act 1950 dan beberapa akta lagi. Kita perlu sedar bahawa undang-undang ini perlu dipinda demi mengembalikan hak orang Islam dan kebangkitan graduan-graduan undang-undang yang memahami realiti ini amat perlu agar kita dapat memartabatkan kembali kedudukan umat islam di negara ini. Bring Islam Back !!

*teringin sangat nak tau ulasan Dr Ruzman pasal isu status agama ni. Pasti menarik...
*

No comments:

Post a Comment