Photobucket

Saturday, March 14, 2009

ANDA SEORANG YANG PERASAN?


"cantiknya awak sekarang..pakai produk apa ?"

"eh, anak mata biru, kacukan ke?"

"wah, lawanya, macam artis la.."

Anda pernah mengalami situasi macam ni? Tambah lagi golongan wanita.. kalau orang memuji apa reaksi kita? Mungkin setengahnya tersenyum hingga ke telinga( siapa yang tak suka dipuji kan?), mungkin ada yang menidakkan apa yang dikata (alhamdulillah) dan tak kurang juga mungkin ada yang mula rasa bangga diri atau mungkin dihinggap rasa PERASAN dalam diri.

Sekadar renungan untuk iktibar bersama, Ada seorang hamba Allah yang saya kenal telah dianugerahkan Allah satu kelebihan fizikal dan menjadi pujian ramai orang. Pada mulanya, dia tak terlalu ambil kisah dengan semua tu tapi lama kelamaan mungkin kerana ramai yang memuji ditambah pulak dengan siulan dari lelaki-lelaki sekeliling maka lama-kelamaan mula nampak riak-riak perubahan yang berlaku pada diri dia. Mula demand, pilih kawan, kurang bercampur gaul dengan orang ramai dan sebagainya. Mula menceburi aktiviti-aktiviti yang boleh menzahirkan kecantikannya. (walaupun kalau diperhatikan kecantikannya rosak akibat make up yang tebal). Namun satu perkara yang saya sedari ialah disebalik kelebihan yang Allah bagi tu terzahir dengan jelas satu kelemahan yang bersifat peribadi pada dirinya. Mungkin Allah bagi saya sedar akan kelemahan individu tersebut sebagai pengingat untuk diri sendiri. Saya berdoa agar individu tersebut sedar akan kesilapan dirinya. Amin..

Itulah sunnah alam. Tidak akan ada kesempurnaan pada sesuatu perkara kecuali akan ada kekurangan pada masa yang sama!



Mungkin semua ini berlaku kerana pujian. Maka berhati-hatilah apabila memuji dan jangan terlalu mengamalkan pujian dalam kehidupan kita.. Pujian hanya selayaknya untuk Allah. Banyak kesan buruk yang timbul apabila kita selalu dipuji. Kadang-kadang perkara yang kita lakukan tidak lah seberapa tapi kerana kita mempunyai pengaruh dan pengikut tertentu maka apa yang kita lakukan itu menjadi pujian dan mungkin juga yang kena puji rasa bagai di awang-awangan tatkala dipuji. emm..saya pernah membaca satu puisi yang direka oleh seorang individu yang agak berpengaruh kampus UM ni dan kemudiannnya saya membaca komen-komen yang merespon puisi berkenaan. Ada yang memuji penulisnya sebagai seorang yang berbakat besar dalam pelbagai bidang hingga mampu mereka puisi seindah itu, ada juga yang memgatakan bahawa puisi itu amat menarik dan pelbagai lagi respon yang membuatkan saya tergelak besar. Kalau diikutkan puisi itu tidaklah setanding puisi-puisi A.Samad Said, Usman Awang dana lain-lain. Baris ayatnya agak songsang dan tidak mengikut rima puisi. Jadi mengapa perlu diberi pujian yang setinggi itu untuk sebuah puisi yang pada pandangan saya tidak memenuhi syarat-syarat sebuah puisi pun. Oleh itu, janganlah keterlaluan dalam memuji. Lebih parah lagi jika kita merupakan ketua atau pemimpin dalam sesuatu kelompok masyarakat. Sejujurnya, saya lebih suka untuk mengkritik golongan ini agar mereka sentiasa sedar dan tidak lupa diri bahawa mereka adalah tentang siapa mereka. Agar mereka ini tidak hanyut dibuai pujian melampau atas bakat kepimpinan dan sumbangan-sumbangan yang mereka lakukan.

Salah satu cara untuk menghapuskan bangga diri yang disarankan oleh Islam ialah dengan menggantikannya dengan perasaan khudhu' atau merendah diri. Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 21 yang bermaksud:

"Kalaulah tidak kerana kurniaan Allah dan rahmatNya ke atas kamu, nescaya tidak akan ada seorang pun diantara kamu yang suci buat selama-lamanya.

Selain itu, Sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabat sedangkan mereka itu adalah semulia-mulia manusia:

"Tidak ada seorang pun diantara kamu yang akan diselamatkan oleh amalannya". Para sahabat bertanya: "Dan engkau juga tiada wahai Rasulullah? Jawab baginda: "Dan aku pun tidak juga kecuali jika Allah melimpahiku dengan rahmatnya".

Ha..siapa lah kita tanpa rahmat Allah, mungkin manusia yang tiada nilainya. Segala kelebihan yang Allah kurniakan jagalah ia sebaiknya dan pastikan ianya bukan penyebab yang membawa kita neraka kelak. Teringat pula satu artikel Dr Hm Tuah Iskandar yang bertajuk Usah terliur dengan yang nampak. Antara ayat yang paling saya ingat ialah apabila beliau berkata bahawa yang membuatkan kita terpesona ialah kulit dan daging yang sebenarnya menutupi jerongkong yang menakutkan. Anda faham? tamsilannya ialah kita sebenarnya tiada apa yang boleh dibanggakan. Cuba anda bayangkan anda dalam bentuk jerongkong..sudah pasti pada akhirnya kita mengakui sebenarnya kecantikan yang ada pada kita sebenarnya tak membawa apa-apa makna. Bayangkan saat kita dikafankan, saat tubuh anda dimamah ulat-ulat di alam kubur. Masih cantik kah kita?.

Namun, bukanlah bermakna kita tak perlu jaga kecantikan dan kekemasan diri, membiarkan diri serabai dan berbau. Bukan itu maksud saya..Tapi setakat mana kecantikan yang Allah anugerahkan kepada kita dipelihara dan tidak menjadi wasilah yang membawa kita ke neraka. Firman Allah dalam Al-Quran:

ولا تبرجن تبرج الجاهلية الاولى


Semuanya berpunca dari hati. Jika baik hati kita maka baiklah hasilnya. Maka peliharalah hati kerana ia menjadi cerminan diri. Teringat pula sms yang dihantar oleh Fatiha, sahabat yang menuntut di KIAS masa kuliah Dr Saim petang tadi. Katanya:


"Alangkah susahnya mendidik hati,
sedangkan ia adalah pandangan tuhan,
menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan,
Alangkah susahnya mendidik hati
bila dipuji sombong menghiasi diri
bila diuji pencaci
dibenci hingga hingga berdendam sampai mati.
Didiklah hati,
menuju jalan kebenaran demi mencari redha ilahi"

Sekadar itu untuk kali ini.." Yang sebenar-benar cantik bukanlah tubuh tapi hati". Renung-renungkan dan selamat beramal..


1 comment:

  1. salam..
    akak,sy nk tanya soalan la..
    kalau is3 ditinggalkan suami lbh dr 4 bln dia boleh mnta fasakh..
    tp klu suami ditinggalkan is3 mcm mn ek??
    kisahnya mcm nie,is3 xnk tinggal kt rmh suami tp nk tinggal dgn fmly dia kat kg sdgkan suami dia x izinkan..dah lbih 7 thn.

    ReplyDelete