Photobucket

Saturday, March 14, 2009

Hari ini, esok dan kelmarin...

HARI NI..

Sabtu..cuti, hari ni sengaja kosongkan diri daripada apa-apa aktiviti.Kebetulan roomate pun takde. Hari ni pun takde panggilan tel atau sms yang masuk. betul la kata orang 'sepi itu indah'.. memang indah hari ni. Aman, takde gangguan. sehingga ke saat aku menulis ni jam 7.50 malam ada 2 je sms masuk ke handset. Berbeza dengan sebelum ni.. banyak sgt phone call dan sms yang masuk.. macam kerani kaunter pertanyaan pulak rasanya. Semuanya nak tanya pasal program. Kadang-kadang lepas bagi salam lepas solat pun terus capai handset sebab ada panggilan. tak pun ada sms masuk. Rasa bersalah pulak..bukannya lepas solat nak berzikir atau berdoa dulu. tapi balas sms dulu. Takut jugak kalau Allah tarik balik nikmat handset yang dia bagi ni. Bila-bila masa je Allah boleh ambik. Lepas balas sms atau jawab call baru la balik semula ke sejadah untuk baca Quran atau lain-lain. Astagfirullah..tak habis-habis urusan dunia. Ampun Ya Allah.. Hari ni aku dah tak di kacau lepas habis program semalam. Handset pun tak tau dah campak kat mana. Hari ni aku nak bersendirian dan berehat, em...rehat? teringat pulak kata-kata Ustaz Syid masa kat Falahiah dulu. Masa tu dah hampir-hampir nak dekat exam STPM. Ustaz kata:
" dalam hidup kita tak ada istilah rehat, "

lantas ada suara dari belakang menyampuk..

" kalau mati nati boleh la rehat.."

"tak jugak, yang tu lagi penat, takde rehat langsung kalau kat dunia takde amal makin penat kita kat sana, kena soal jawab pulak, pendek kata tak boleh rehat jugak.." balas ustaz.
Sampai sekarang aku ingat kata-kata tu, tambah pulak duk baris paling depan lagi lekat apa yang ustaz cakap tu. Betul, takde istilah rehat sebenarnya dalam hidup kita. Setiap masa perlu kita penuhi kerana tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Sekadar berhenti seketika dari jadual harian kita yang padat dan tenangkan seketika fikiran mungkin boleh. Sebab itu aku rasa agak terkilan bila ada sahabat-sahabat yang menghabiskan masa terlalu banyak untuk tidur. em..bukan tak boleh tapi kalau boleh kurangkan aktiviti tu. Masih banyak perkara yang perlu dan boleh dilakukan selain tidur. Hari ini aku berhenti seketika dari jadual harian yang biasa. Lama dah aku tunggu saat seperti ni. Akhirnya dapat juga hari ni..
tapi tiba-tiba pula kerinduan pada Falahiah menerpa sanubari. Aku rindu pada memori disana..!!

KELMARIN..



Jumaat yang cukup padat, hari yang dinanti untuk Kursus Memperkasa Akidah 09. Program ni joint-venture PMKUM dengan PEMADAH. Aku sebagai Timb Pengarah mewakili PMKUM. Programnya cukup simple, organisasinya hanya ada Pengarah, timb pengarah, s/u, bendahari, unit pengisian dan unit makanan. Cukup simple..tapi dalam masa yang sama ada kuliah dan tutorial ganti Dr Farid untuk subjek Undang-undang Pentadbiran. Rasa macam nak kena hasteria + sawan bila Dr Farid bagitau nak buat kelas ganti waktu tu. Masanya pun sama dengan waktu kursus tu. Pukul 3-7 ptg. Nasib baik dewan kuliah Dr Farid dengan dewan kuliah untuk kursus hanya bersebelahan. tak kisah pun nak bt kelas ganti tapi kenapa waktu tu. tapi, aku faham... Dr Farid tu pensyarah jemputan dari UIA. so, masa dia agak terhad kat UM ni. Hari ni juga kena hantar assigment untuk subjek tu.


Maka pagi-pagi lagi aku dah ada kat library Law. nasib baik bahan untuk assigment ni senang nak cari.. sebijik-bijik ada dalam buku. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Tak lupa juga pagi tu, Yusuf dari PMK sanggup memecut kereta seawal jam 7.30 pagi ke Institut Latihan Islam Malaysia kat Bangi untuk ambik modul kursus kat sana. Syukran Jazilan Khatira Yusuf, anta penyelamat ummah. Kalau takde Yusuf tak tau nak mintak tolong sape lagi. Semua orang ada kelas pagi tu.. Tengahari, aku berkejar ke Akademi Pengajian Islam pulak sebab penceramah kursus tiba-tiba pulak sampai sebelum waktu sembahyang jumaat. Plan bertukar... maka ada perkara-perkara berlaku di luar kawalan dan dan di luar badjet kewangan program. S/U mula menggelabah dengan apa yang berlaku. lalu aku katakan,

"rileks..biasa la kalau jadi macam ni. lepas ni banyak lagi perkara diluar jangkaan akan berlaku, kalau yang ni dah kalut macamana nak hadapi yang selepas ni"..
Wah, ambik iktibar dari Opkim nampaknya..


ya, aku belajar mengawal emosi. rileks...

Jam 2.30 petang, aku berkejar ke Dewan Kuliah tempat program selepas menyiapkan assigment yang berbaki. Nasib baik Raihanah cukup memahami situasiku waktu tu.. mengizinkan aku ke bilik kuliah tempat program untuk melihat apa yang berlaku disana. Raihanah pulak yang ambik alih menaip assaigment yang berbaki tu. Dia juga yang sms aku bagitau Dr Farid dah start lecture. Syukran Jazilan Rai..

Waktu program berlangsung dan waktu Dr Farid tengah bagi kuliah aku berdiri antara 2 dewan kuliah. Yang mana perlu aku masuk..aku confius, betul-betul confius.. tiba-tiba nampak Kak Syakirah yang jadi salah seorang peserta kursus..

"Kak Sya, saya ada kelas sekarang ni, macamana ya?"

"takpe, masuk kelas la.." jawab k.Sya. Dia senior jabatan..

yes, study must be the first!! That way i come to UM..thanks K.Sha.

Lantas, aku berkejar ke kuliah Dr Farid, aku lewat setengah jam..

duduk...dan tenangkan diri, tarik nafas yang panjang dan lepaskan, lupakan apa yang berlaku kat luar dan fokus pada Dr Farid yang putih melepak tu..huhu..

1 jam setengah berlalu, Dr Farid berhenti untuk solat asar dan akan sambung balik pukul 5 untuk tutorial. Sekali lagi, aku berlari-lari anak ke tempat program. Sempat dengar kejap ceramah yang disampaikan dan kembali lagi ke kelas tutorial. pening dibuatnya...

Maka, habis la kelas jam 6 petang. Syukur, aku mampu menghadapinya dengan tenang, lantas aku kembali lagi ke tempat program. sedar tak sedar, waktu penceramah bagi salam penutup aku tengok jam kat tangan, em..pukul 7 malam. lepas tu jumpa S/u, cakap kat dia

"dah pukul 7 la..cepat sungguh masa berlalu".

"7.15 la.." balas Aisyah.

Aku tengok balik jam kat tangan. ceh, habis bateri rupanya..

Lepas kemas tempat program, aku balik ke kolej. Lalu depan surau 8th, orang dah siap solat maghrib lalu aku cepatkan langkah ke bilik walaupun lutut rasa nak tercabut dah hari ni..

ESOK..

Ahad, ada Seminar Pemantapan Akidah (PEMERI 09) anjuran Persatuan Mahasiswa Kedah. InsyaAllah, aku hadir sebagai peserta esok. Ingin sekali mengutip butir-butir hikmah dari majlis ilmu itu nanti. Apa yang akan berlaku esok? waalahu'alam. Mohonlah agar Allah mudahkan segalanya, Rabbi Yassir Wala Tua'Assi Ya Karim..

No comments:

Post a Comment